Tuesday 30 April 2013

SUNNAH YANG DITINGGALKAN

Salam 1 Malaysia semua

   Pernahkah anda melihat bagaimana cara seseorang menunjuk sesuatu kepada anda?Cuba anda lihat pada tangan nya.Adakah dia menunjuk dengan cara jari telunjuk lurus ke depan atau ibu jari nya yang diluruskan???

  Pastinya ramai yang mengatakan jika menunjuk sesuatu dengan jari telunjuk akan dikatakan biadap dan tidak sopan.Seeloknya menggunakan ibu jari untuk menunjukkan sesuatu.Tetapi tahukah anda menggunakan ibu jari adalah salah satu daripada ajaran kaum yahudi yang sepatutnya kita elakkan???

   

      Cuba anda lihat gambar di atas ini.Cara yang manakah selalu di gunakan oleh anda? Mari ikuti kisah yang telah diceritakan oleh seseorang yang telah di 'post'kan di dalam facebook.Kisah ini telah saya pendekkan supaya senang untuk dibaca dan tidak membosan kan.


Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapai ngat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz
 meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”


p/s : Sebarkan supaya setiap orang tahu      ~smile :)

Thursday 25 April 2013

JANTUNG BERMEMORI????

Pada sekitar kurun ke-25 hingga kurun ke-10 Sebelum Masihi ilmuan kuno menganggap pemikiran manusia dikawal oleh hati.Minda manusia dikatakan terletak pada bahagian hati manakala fungsi otak pula dianggap sebagai pengisi ruang kosong di dalam tengkorak manusia.

  Bagaimanapun pada kurun ke-5 SM pandangan mengenai otak yang menjadi tahta kebijaksanaan manusia pula wujud.Pada era pemikir seperti Socrates,Plato, dan Aristotle konsep psikologi pula muncul dimana otak dikatakan memain peranan utama  dalam mengawal fikrah makhluk hidup.

 

 Firman Allah dalam surah Al-Hajj ayat 46 yang bermaksud :
            "Apakah mereka tidak berjalan di permukaan bumi lalu menjadikan jantung hati mereka            
      b
erfikir dengan nya , atau telinga mendengar dengan nya?Maka sesungguhnya 
bukan
lah     penglihatan mereka yang buta akan tetapi jantung hati mereka yang berada
 di dada." 

(Al-Hajj;46)



  Timbul persoalan adakah Al-Quran membawa fakta yang salah?Profesor Madya Dr.Mohd Arip Kasmo menegaskan Al-Quran sama sekali tidak membawa fakta yang salah.Kajian menunjukkan sejenis sel telah ditemukan dalam jantung manusia yang dikenali sebagai sel Ganglion yang mana ia mempunyai memori yang lebih kuat daripada otak.



  Disebabkan itu, seseorang pesakit yang menerima jantung akan mengalami perubahan di mana tingkah-laku nya sedikit sebanyak sama seperti penderma jantung yang telah meninggal dunia.Ini membuktikan jantung merakam dan menyimpan memori lalu di pindah kan kepada penerima jantung yang baru.



                                                                                                     Sumber : Majalah infiniti Julai/2012












Saturday 20 April 2013

HATI-HATI DENGAN PERKATAAN ANDA

Salam pembaca semua

Dunia Islam hari ini makin kalut keadaan nya kan?Macam-macam perkara yang terjadi.Amar makruf nahi mungkar  itu walaupun wajib dilaksanakan,namun tak semua orang dapat melaksanakan.

Takpe lah.Admin tak mahu bercerita panjang jadi admin teruskan dengan point yang admin cuba sampaikan.Diharap pembaca semua dapat berhati-hati dalam percakapan selepas ini.

Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:

1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kapir)

2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tgk. (jatuh kapir)


3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kapir)

4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kapir) 

5- Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat mungka nakir dah aku tgk. (jatuh kapir)

6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kapir)

7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kapir)

8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kapir)

9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kapir)

10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kapir)

"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.


~smile :)

Friday 19 April 2013

AWAS!!! PENIPUAN DI DALAM FACEBOOK

Salam semua... 

 Mesti ramai di antara anda adalah peminat tegar laman sosial facebook kan??? Ada yang bangun-bangun pagi terus je on lappy/fon/laptop/tablet and apa-apa saje lah tanpa basuh muka dulu..betul tak???

 Ber'fb ni memang seronok kalau ada saje orang yang melayan.Tapi ada jugak yang serabut.Kenapa?Sebab kekadang tu  mesti ada je yang post yang keluar kat newsfeed korang pasal suruh follow atau add sesape kan? 

 Tahu kah anda bahawa cara tu sebenarnya digunakan oleh sesetengah penggodam@hackers untuk mendapat kan ip address/link profile dan username facebook anda?mereka akan memberi satu fake log in kepada anda dan jika anda memasukkan data yang diminta,tunggu lah akibat nya.

 Kat sini admin nak share sikit cara dan ayat yang selalu dan kadang-kadang digunakan oleh sesetengah hacker di Malaysia.

   
                                                         -salah satu fake log in

• Hai , Boleh Follow Saya Di Blog Saya 
• Update Security FB Kau Kat Sini *LINK*
• Bukak Link Ni , Ade Orang Post Pasal Kau 
• Jom Chat Kat Sini *LINK* Ada Online Chat 
• Cube Try Autolike Ni , Login Pastu 'Blablabla' 


 Jadi kalau anda terjumpa post yang sebegini,jangan gatal-gatal untuk log in ye.Kalau ye pun teringin jugak nak tengok,buat lah second fb dan guna kan maklumat fb 2.jadi sekurang-kurangnya mereka hanya dapat hack fb anda yang tidak penting itu sahaja (kemungkinan).

  Semoga berguna untuk semua yer...

 ~smile :)

*Sumber:facebook yang di post oleh 
                                                                                                   seorang rakan

Thursday 18 April 2013

MARI BELAJAR TAJWID

Salam pembaca semua...

 Dalam sibuk-sibuk dunia sekarang nih da ramai jugak la yang tak berapa ambik kisah sangat pasal Al-Quran.Ada juga yang membaca tetapi tidak mengetahui cara pembacaan yang betul dengan lebih mendalam,terutamanya tajwid.Sesetengah nya main redah je kan baca.

 Bukan lah admin nak tunjuk pandai dan mengata orang.Admin pun banyak juga yang tidak tahu lagi.Semasa ber'fb' hari tu ada la satu page tu post pasal tajwid nih.Jadi admin pun save laa pic tuh.

 Dari tuh admin nak lah share sikit-sikit apa ilmu yang admin dapat.Jom tengok pic kat bawah nih...



Semoga bermanfaat untuk semua yer...

~smile :)




Wednesday 17 April 2013

DAGING KAMBING BERSUARA TEGAK KEBENARAN

Salam semua...

Kali nih admin nak kongsikan satu kisah yang terjadi kepada Rasulullah SAW...mungkin ramai yang dah tahu pasal kisah ni..Namun sebagai pengajaran / pengetahuan untuk kita bersama..

Kisah ini berlaku pada tahun ke-7 Hijrah semasa para perajurit sedang menunggu santapan semasa peperangan Khaibar.Dalam ramai-ramai yang menyediakan makanan itu,terdapat seorang wanita Yahudi yang menyediakan daging kambing untuk Nabi SAW.


                                                                -Gambar hiasan

Apbila hidangan tersebut sampai,Baginda lantas mengambil bahagian paha kambing yang menjadi kegemarannya.Beberapa sahabat juga ikut makan.Semasa baginda mendekatkan daging itu ke mulutnya,dengan izin Allah daging itu berkata "Dengan Nama Allah SWT,janganlah engkau makan aku kerana aku telah diracun"

Mendengar itu Baginda menegah sahabat daripada makan tetapi telah terlambat.Semua sahabat jatuh lalu mati.Rasulullah memanggil wanita yahudi tersebut. "Adakah kamu yang meracuni daging kambing ini?".Wanita itu menyoal kembali "siapa yang memberitahu mu?" lalu di jawab oleh baginda "peha daging kambing itu yang memberitahuku".Wanita itu mengakuinya.

Rasulullah bertanya " kenapa kamu berbuat demikian dan apa yang kamu kehendaki dari perbuatan mu ini?"

Wanita itu bemonolog dalam hatinya,jika benar dia seorang nabi,makanannya pasti tidak akan membahayakan nya.Dan jika dia bukan seorang nabi,maka kami selamat dari gangguan nya.

Akhirnya Nabi memaafkan wanita tersebut tetapi tidak menghukumnya.Dalam riwayat lain mengatakan wanita itu dihukum qisas atas kematian sahabat Baginda.


p/s : maaf jika ada kesilapan dalam menyampaikan kisah ini.harap dpt diperbetulkan yg mn salah tu...

~smile :)



WOWW GWIYOMI !!!

Salam pembaca yang saya kasihi sekalian *wah macam nak berpidato pulak.. :)

 Bukan apa..Sekarang admin tengok ada pulak keluar satu style baru yang agak seronok jugak untuk di tonton.. Apa tu?? Haa ia adalah satu lagu dari korea yang dipersembah kan dengan mimik muka dan gerak badan yang sangat comel.

    Sesiapa yang minat and fans pada artis-artis dari korea nih mesti tau apa itu Gwiyomi..Kan???
Apa yang admin tahu "Gwiyomi" atau 'Kiyomi' ini adalah satu slang Korea yang membawa maksud comel/cantik atau inggeris nya cute gitu..

Katanya ia telah di inspirasikan oleh seorang rapper Jung Il Hoon di mana ia telah dikeluarkan pada 18 Februari 2013.

Kalau tengok laki buat memang nampak pelik sikit.Tapi cute la jugak kan..hehehe...Kalau perempuan tu,sendiri paham lah kan.   .. Apa-apa pun Malaysian style memang terbaik.. Meh layan...




      
 Amacam??? cute x.. ekeke 

~smile :)




KES BULI SEORANG KETUA KELAS

Macam-macam kes sekarang ni.. Sekolah yang sepatut nya tempat untuk mencari ilmu tu pun boleh jadi gelanggang tinju ye. Kesian pulak admin tengok mangsa yang di buli tu.Tak melawan sikit pun,senyap je masa kena gomoi tu..

Lepas je tersebar video tu,huhh macam-macam perkataan yang keluar daripada  viewer.Tak kurang jugak yang menyalah kan ibu bapa mereka.Yang tu memang ta patut lah.Kan???

Apa yang pasti suspek dah pun di tangkap.Katanya motif sebenar cuma sebab ketua kelas tu buat report kat guru yang diorang bawa fon ke sekolah. Ish3 da laa salah,tak nak mengaku kesalahan pulak.. Apa pun tak boleh

Apa-apa pun sesapa yang belum tengok video tu, meh lah layan video kat bawah nih...







*p/s : kalau nak tunjuk hebat pun,tak payah laa sebar dalam internet.Kena tangkap, tukang kebun pun pandang sebelah mata... 

~smile

Tuesday 16 April 2013

First Entry Posted

Assalamualaikum w.b.t

 kepada sesiapa yang membaca entry ini diumumkan bahawa ini lah first entry yg di post kan oleh saya...

Biasalah kan permulaan n baru belajar memang banyak kesilapan lagi.. harap dapat diterima lah ye..

Baik lah dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim dengan ini maka rasmi lah blog saya ini.. hehehe :) harap dapat lah diberi tunjuk ajar ye sesapa yang tahu selok belok 'memblog' ni..

Sekian....