Saturday 22 June 2013

BAHAYA TELEFON BIMBIT

Assalamualaikum

   Penciptaan telefon bimbit memang tidak dinafikan semakin hari semakin canggih.Daripada yang muda sampailah yang dah tua boleh dikatakan semua mempunyai telefon bimbit masing-masing.


       Tapi tentu ramai yang dah tau kan kesan buruk penggunaan telefon bimbit ini kepada manusia.Cuma apa-apa pun admin tetap nak berkongsi apa yang admin tahu.telefon bimbit nih mengeluarkan radiasi yang sangat tinggi.Jadi kepada lelaki dinasihatkan agar tidak meletakkan telefon anda di dalam poket.Kenapa? Kerana radiasi yang dihasilkan boleh menyebabkan sperma lemah Dan boleh juga menyebabkan mandul..

ps: hahah ayat admin berterabur sikit.. harap paham

Sunday 2 June 2013

7 PERKARA ANTARA PENYEBAB LUPA

Assalamualaikum semua.. 

  Lupa memang menjadi masalah kepada setiap orang.Betul tak? Kadang-kadang tak sampai 30 minit pun kita dah lupa tentang sesuatu perkara yang telah terjadi.. Jadi mari kita lihat antara penyebab yang membuatkan manusia menjadi lupa.



  1. Makan kepala ikan ( tak tahu lah kenapa tapi memang orang tua-tua pun banyak melarang)
  2. Makan organ dalaman binatang seperti hati,jantung,limpa dan seumpanya kecuali atas nasihat doktor untuk tujuan kesihatan .(kalau tak salah dalam Islam, Nabi S.A.W juga ada menegah dari memakan organ dalaman binatang)
  3. Memakan makanan yang telah tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh membuatkan daya ingatan menjadi lemah.
  4. Jangan makan berlebihan (makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang)
  5. Jangan minum air antara suapan makan.Maksudnya  jangan minum semasa tengah makan / sebelum anda selesai makan
  6. Tidak melihat kemaluan.Tak kiralah sendiri punya ke atau orang lain punya.Kalau tengok orang lain punya mungkin dapat bonus penumbuk(gurau)- Hanya untuk gurauan dan memberitahu.Bukan lucah ye,harap dapat 'Open minded' dan terima.
  7. Jangan melakukan aktiviti / sukan yang boleh meneybabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju dan gusti.Ini kerana gegaran yang kuat dan kerap ke atas kepala menyebabkan kadar sejenis kimia yang dipanggil 'dopamin' akan berkurangan di dalam sel otak.Ini mengakibatkan daya ingatan menjadi lemah dan otot-otot kurang bermaya.
Amacam?Anda pernah melakukan salah satu perkara di atas?haa mulai sekarang cuba-cubalah elakkan dari melakukan perkara-perkara tersebut

~smile :)