Thursday, 26 September 2013

SIAPA LEBIH KUAT???

 
 Pada zaman dahulu,di sebuah kampung ada sebuah keluarga yang didiami oleh seorang lelaki tua yang menjadi Tok Penghulu di kampung tersebut bersama seorang anak perempuan yang sangat cantik.Anak perempuannya ini mencintai seorang pemuda bernama Budin.Budin seorang yang miskin dan hidup yatim piatu.Disebabkan hidup Budin yang tiada pekerjaan tetap,dan hanya mengambil upah bekerja kampung sahaja,hubungan mereka tidak direstui oleh si Tok Penghulu.

   Setelah sekian lama memikirkan keadaan anaknya,Tok Penghulu berhasrat untuk mengahwinkan anaknya dengan sesiapa yang terkuat dikampung itu.Memandangkan dirinya semakin tua dan begitu juga anaknya,dia ingin anaknya berkahwin dengan orang yang benar-benar boleh menjaga anaknya.Namun ssetelah dicari,tiada sesiapa yang memenuhi ciri-ciri yang diingininya,

   Pada satu hari,sedang dia berjalan ditepi pantai sambil berfikir tentang siapa yang patut menjadi suami kepada anaknya,Tok Penghulu itu telah tersepak batu lalu jatuh.Lalu terpikir lah Tok Penghulu itu untuk mengahwinkan anaknya dengan batu itu.Dia mendekati batu itu dan bertanya "Wahai batu,betapa kuatnya engkau sehingga boleh menjatuhkan aku? Jadi aku ingin menawarkan,sudikah engkau mengawini anakku?" Terkejut mendengar soalan itu,lalu Si Batu menjawap "hai manusia,sesungguhnya bukan lah aku yang paling kuat disini,kerana ombak laut itu bisa menghakis aku sedikit demi sedikit hingga aku lenyap"

  Mendengar jawapan itu, Tok Penghulu itu terus berjumpa dengan ombak laut lalu bertanya "Wahai ombak,sesungguhnya engkau adalah sangat kuat sehingga boleh menghakis batu yang keras sehingga hancur,jadi sudikah engkau memperisterikan anakku?" ombak yang tenang itu menjawap "Hai orang tua,sesungguhnya bukanlah aku yang paling kuat disini.Hujan lah yang paling kuat kerana aku akan diserap ke atas dan menjadi wap air,lalu menjadi hujan".Mendengar jawapan itu,Tok Penghulu menjadi sedih.

   Oleh kerana hatinya ingin mengahwinkan anaknya dengan yang terkuat,ditunggu pula hujan turun.Namun hari demi hari berlalu tapi hujan tidak juga turun.Hatinya bertambah risau sambil tidak putus-putus berdoa agar hujan turun.Satu hari doanya dimakbulkan dan hujan turun dengan lebatnya.Lalu dia bergegas keluar rumah lalu bertanya kepada hujan itu. "Hujan mahukan engkau mengahwini anakku dan menjadi menantuku? "."Apa yang kamu katakan wahai orang tua?aku tidak dengar kerana terlalu bising waktu ini."jawab hujan. Tok Penghulu membalas dengan meninggikan sedikit suaranya."Aku mahu jadikan engkau sebagai menantuku.Engkau adalah yang terkuat.Mahukah engakau mengahwini anak perempuan ku?".Hujan pula menjawab "Maaf orang tua,aku bukanlah yang paling kuat,kerana setiap kali aku jatuh ke bumi,tanah akan menyerap aku kedalam,lalu lesap lah aku" Tok Penghulu sekali lagi hampa.

   Setelah hujan berhenti,Tok Penghulu terus ke satu kawasan lapang lalu bertanya kepada tanah di situ. "Wahai tanah,bagi aku engkau lah yang paling kuat.Engkau boleh menyerap air hujan yang boleh meresap air laut dimana air laut itu boleh menghakis batu yang menjatuhkan aku.Jadi mahukan engkau mengahwini anak perempuanku?".Tanah itu berkata :Hai orang tua,sebenarnya aku belum cukup kuat lagi.Engkau lihat di atas belakang ku ini.Penuh dengan rumput yang panjang tetapi aku tidak bisa berbuat apa-apa.".Tok Penghulu berasa sedih lalu bertanya "jadi siapakah yang paling kuat?".Lalu tanah itu membalas "cuba kau lihat di sana,seorang lelaki yang sedang menhayunkan parangnya.Dia lah lelaki yang paling kuat kerana boleh membuang rumput dan tumbuhan yang ada dibelakangku".

  Mendengar pengakuan itu,Tok Penghulu berasa amat gembira kerana akhirnya dia berjumpa dengan orang yang paling kuat yang boleh menjadi suami kepada anaknya.Lelaki itu adalah Budin,pemuda yang dicintai oleh anaknya.Lalu dia terus berjumpa dengan Budin dan bertanya "wahai pemuda,mahukah engkau mengaahwini anak perempuanku?".Dengan senang hati Budin membalas"ya,saya sudi Tok Penghulu."

   Dengan itu berlangsunglah majlis perkahwinan Budin dan anak perempuan Tok Penghulu.Akhirnya Budin dan isterinya hidup dengan aman dan bahagia.


P/s : sekadar cerita dongeng untuk suka--suka.semoga booleh hilangkan tekanan anda :)

No comments :

Post a Comment