Saturday 17 January 2015

Apa Yang Penting?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

  Kali nih admin nak berkongsi sikit tentang apa yang perlu dan apa yang admin ambil berat semasa nak membeli telefon pintar atau 'smart phone'.
 
  Kadang-kadang kita hanya membeli 'henfon' tu sebab kita tengok bentuk dia cantik,atau sebab itu keluaran baru jadi beli sebab nak bermegah.Ada juga yang membeli tanpa melihat apa-apa kecuali yang termurah di kedai tu tetapi nampak hebat

  Sengaja admin post kan tentang hal ni sebab ada orang yang membeli tanpa melihat spesifikasi/spec telefon tersebut dengan lebih jelas.Selepas beberapa minggu guna akan ada ketidakpuasan hati sebab henfon selalu 'hang' lah.Applikasi tak dapat di 'install' lah.

  Bagi admin,perkara pertama yang admin akan lihat adalah 'ram'.Admin tak pasti sangat apa fungsi ram ni.Cuma setahu admin ram ni menyimpan data yang membantu melancarkan smartphone kita.Lagi besar ram lagi bagus.Admin akan lihat telefon itu mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 1Gb ram.

  Perkara kedua yang admin akan lihat adalah saiz phone storage.Macam admin yang jenis agak malas ni,kalau boleh nak storage yang besar aje.Maklumlah bila dah download aplikasi banyak-banyak bukannya rajin nak pergi setting dan tekan move to sd card.Agak leceh nak tekan satu-satu.kalau lah ada sepuluh aplikasi di download kan ke makan masa.Jadi kalau dah phone storage tu dah besar,tak payah laa risau sangat nak ubah-ubah kan.Lagi pulak,kebanyakan aplikasi tak dapat diubah atau 'unremovable' dan memang akan berada di dalam memori telefon.Jadi kalau phone storage kecil,kita akan susah di kemudian hari untuk 'mengemaskini' aplikasi,dan telefon pun menjadi lembap.

  Perkara ketiga yang admin pandang serius pada telefon itu adalah kamera.Ada kamera depan tak.Kamera belakang berapa pulak megapixel nya.Perkara ini hanga penting kepada sesetengah orang saja macam admin yang suka mengambil gambar (bukan gambar sendiri ye).Ini kerana rendahnya megapixel akan membuat kita tidak akan puas hati terhadap gambar yang diambil.Kadang-kadang semasa bersiar-siar atau melancong,kita tak dapat nak pergi dekat dan ambil gambar sesuatu yang cantik dari dekat,jadi bila ambil gambar dari jauh,gambar itu akan menjadi kabur.

  Di atas ini admin hanya cerita kan tiga perkara yang paling admin ambil berat sebelum membeli telefon pintar.Sekarang sudah banyak telefon pintar yang berspesifikasi tinggi dengan harga yang mampu milik.Jadi tidak menjadi satu masalah untuk kita dapat yang boleh memuaskan hati mengikut kemampuan kita.

   Admin tak dapat lah terangkan panjang-panjang disini sebab ramai orang akan mudah bosan.Admin gembira dapat berkongsi ilmu mengenai telefon pintar setakat yang admin tahu.Jadi kalau mahukan secara detail,boleh saja contact admin

Smile yer :)

Thursday 15 January 2015

Pengalaman itu penting

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... :)

  Diharapnya semua sihat lah yer walau dimana berada.Hmmm kehidupan di IPT ni membuatkan admin mendapat lebih banyak pengalaman yang sebelum ini serasanya belum lagi pernah dirasai.Yelah kan, selama ni cuma duduk 'bawah ketiak' mak bapa saja kan.Apa-apa hal ada je yang datang menolong.Sekarang semuanya sendiri.

  Dulu lepas habis SPM , admin sempat lah jugak bekerja disebuah kedai makan sebagai pembuat air.Melayan kerenah pelanggan nih memang terkadang menyakitkan hati.Ada je yang tak kena walaupun rasanya dah dibuay mengikut permintaan.Tapi admin ada ingat satu pesanan 'customer is always right.even they are wrong,follow the first sentence rule'.

  Tapi admin tak bekerja lama kat situ,terus ke Shah Alam bekerja sebagai kerani di Syarikat pos laju, Kangroo nama nya.Apa yang admin dapat lihat kat sini,kebanyakan pekerja bukanlah dari orang yang berkelulusan dan rasanya tak layak pun untuk jawatan tu.Ada pelajar lepasan sekolah macam admin,ada yang masih belajar diploma.Sebabnya?Untuk menjimatkan duit dan masa.Yelah,mana tak nya.Nak buat iklan jer dah beribu ringgit,tapi nak cari seorang jer pekerja.Lepas tu dah dapat , pekerja tu buat hal,baru kerja sehari dah berhenti.Kan rugi tu.Jadi admin nampak macam mana ramainya lulusan master pun masih ada yang menganggur sedangkan lulusan PMR berjawatan besar.

  Hehehe panjang pulak cerita admin.Berbalik pada IPT, admin sekarang di Politeknik Sultan Azlan Shah,Behrang.Hidup di rumah sewa dengan kawan-kawan yang 'sekepala' tapi tak sama perangai memang memerlukan kesabaran yang tinggi.Ada yang tahu keluar pagi balik malam.Ada yang baju campak aje merata dan tunggu sedia dibasuh untuk dipakai.Bukan senang nak memuaskan hati setiap orang,jadi kalau kita tak cuba menjadu seperti mereka,sakit akan kita rasa sendirian je lah.

   Biasalah tu kan? Pengalaman mendewasakan fikiran.Tak ada pengalaman tak membesar lah kita.Cuma apa yang penting bagi admin adalah kita hanya perlu 'rasional' dan berfikiran terbuka.Perkara biasa kena kutuk,maki gurauan kasar tu.Kalau kena 'bahan' sikit pun dah 'sentap' alamatnya berseorangan lah kita...

  Apa-apa pun, keep calm and smile yer :)