Thursday, 15 January 2015

Pengalaman itu penting

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... :)

  Diharapnya semua sihat lah yer walau dimana berada.Hmmm kehidupan di IPT ni membuatkan admin mendapat lebih banyak pengalaman yang sebelum ini serasanya belum lagi pernah dirasai.Yelah kan, selama ni cuma duduk 'bawah ketiak' mak bapa saja kan.Apa-apa hal ada je yang datang menolong.Sekarang semuanya sendiri.

  Dulu lepas habis SPM , admin sempat lah jugak bekerja disebuah kedai makan sebagai pembuat air.Melayan kerenah pelanggan nih memang terkadang menyakitkan hati.Ada je yang tak kena walaupun rasanya dah dibuay mengikut permintaan.Tapi admin ada ingat satu pesanan 'customer is always right.even they are wrong,follow the first sentence rule'.

  Tapi admin tak bekerja lama kat situ,terus ke Shah Alam bekerja sebagai kerani di Syarikat pos laju, Kangroo nama nya.Apa yang admin dapat lihat kat sini,kebanyakan pekerja bukanlah dari orang yang berkelulusan dan rasanya tak layak pun untuk jawatan tu.Ada pelajar lepasan sekolah macam admin,ada yang masih belajar diploma.Sebabnya?Untuk menjimatkan duit dan masa.Yelah,mana tak nya.Nak buat iklan jer dah beribu ringgit,tapi nak cari seorang jer pekerja.Lepas tu dah dapat , pekerja tu buat hal,baru kerja sehari dah berhenti.Kan rugi tu.Jadi admin nampak macam mana ramainya lulusan master pun masih ada yang menganggur sedangkan lulusan PMR berjawatan besar.

  Hehehe panjang pulak cerita admin.Berbalik pada IPT, admin sekarang di Politeknik Sultan Azlan Shah,Behrang.Hidup di rumah sewa dengan kawan-kawan yang 'sekepala' tapi tak sama perangai memang memerlukan kesabaran yang tinggi.Ada yang tahu keluar pagi balik malam.Ada yang baju campak aje merata dan tunggu sedia dibasuh untuk dipakai.Bukan senang nak memuaskan hati setiap orang,jadi kalau kita tak cuba menjadu seperti mereka,sakit akan kita rasa sendirian je lah.

   Biasalah tu kan? Pengalaman mendewasakan fikiran.Tak ada pengalaman tak membesar lah kita.Cuma apa yang penting bagi admin adalah kita hanya perlu 'rasional' dan berfikiran terbuka.Perkara biasa kena kutuk,maki gurauan kasar tu.Kalau kena 'bahan' sikit pun dah 'sentap' alamatnya berseorangan lah kita...

  Apa-apa pun, keep calm and smile yer :)

 

No comments :

Post a Comment