Saturday, 30 November 2013

AYU 20 SEN SUDAH BERGELAR NENEK

  
  SEHINGGA kini nama ayu dan 'tagline' yang diungkapkan oleh seorang budak kecil yang berlakon di dalam filem Bujang Lapok masih menjadi mainan mulut orang ramai.Walaupun telah lama masa berlalu namun,gelagat watak yang mulutnya harus ditutup dengan wang 20 sen mengenai rahsia percintaan Sudin dan Zaitun masih dalam ingatan setiap peminat filem arahan P.Ramlee

  Gambar beliau meminta duit dengan tangan menggayakan dua jari yang bermaksud 20 sen itu sering dimuat naik ke laman sosial pada awal kenaikan harga minyak tahun 2013 ini sebagai jenaka.Siapa sangka,Ayu yang dulunya hanya berseluar pendek dan tidak berbaju kini sudah berusia 61 tahun dan sedang menunggu kelahiran cucunya yang kelima.

  Menceritakan kembali mengenai lakonannya,adegan pertama yang dilakonkan ialah ketika P.Ramlee membelanja Rokiah dan 10 orang adik-beradiknya.Dia yang berambut panjang melompat-lompat diatas meja dengan yang lain.Hanya selepas itu,dia(ayu) dipotong rambutnya sehingga pendek seperti lelaki dan melakonkan adegan-adegan lain.

    Katanya,ketika Sudin dan Zaiton berbincang di bawah sampan,beliau menghadapi kesukaran untuk menuturkan dialog kerana mengantuk."Rakaman dijalankan pada pukul 12 malam menyebabkan saya tidak fokus.Setelah berkali-kali gagal,P.Ramlee menghentikan rakaman dan berehat sambil minum kopi-o.Dan selepas itu saya terus dapat meneruskan tanpa ada masalah",katanya.

    Sementara itu,dia mengakui ramai yang tidak mengenali dirinya.Sahabat-sahabat malahan jiran-jiran juga tidak mengenalinya.Jirannya hanya menyedarinya apabila beliau terserempak dengan pelakon drama,Osman Zailani yang selalu datang kerumahnya pada setiap Ramadhan.

Friday, 29 November 2013

MACAM CANTIK JER???

Wahhh bukan main yer penangan video macam comel syasya tuh.. Sampai jadi lagu.. Alhadulillah syasya menjadi sumber ilham kepada penciptaan lagu yang mengagungkan Kebesaraan Allah.. 

   Belum dengar lagi?? kesian :'( mari sini tengok link dari youtube admin kongsikan


p/s : best jugak kan.. layannn ~~~    :)

Saturday, 23 November 2013

DI MANA SILAP KITA???

Assalam sahabat dan pembaca sekalian,

  Pernahkah anda tahu ada kesalahan yang kita buat semasa membaca Al-Fatihah ketika di dalam solat tanpakita sedari? Kebanyakan kita pandang remeh dan tidak sedar perkara itu sebenarnya boleh membawa solat kita menjadi batal.




   Pertama anda kena tahu bacaan Al-Fatihah ketika di dalam solat tergolong dalam Rukun Qauli iaitu bersuara/bercakap/lafaz.Rukun ini menuntut anda supaya membaaca Al-Fatihah dengan jelas sehingga boleh didengar oleh diri sendiri iaitu seakan berbisik.Kita perlu memperjelaskan bacaan kita dari huruf 'Ba' pada Bismillahirrahmanirrahim sehinggalah pada huruf 'Nun' pada Waladdhollin.

   Kedua,seringkali apabila sedang solat,ramai orang akan menguap.Keadaan ini boleh menyebabkan bacaan Al-Fatihah kita menjadi salah.Dinasihatkan apabila kita menguap,berhenti sebentar bacaan itu dan memulakan semula ayat yang tersebut.Jika kita meneruskan bacaan walaupun sedang menguap, dikhuatiri maksud ayat yang dibaca akan berubah,dan boleh membatalkan solat.Satu kerugian kepada kita

  Ketiga ingin admin tegaskan,pada ayat ke-5 surah tersebut kita perlu berhati-hati.Ramai orang mengambil ringan dengan pembacaannya.Perkataan 'Iyya' perlu disabdukan kerana jika hanya membaca 'Iya kanak buduwa iya kanasta'in' akan memberi maksud "kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan". Manakala 'Iyya' bermaksud Allah yang memberi maksud bacaan "Kepada Allah kami sembah dan kepada Allah lah kami meminta pertolongan.

Keempat,pada ayat terakhir surah terdapat perkataan 'Dhollin'.Pada perkataan ini kita perlu memanjangkan bacaan sehingga tujuh harkat.Jikalau lebih tidak apa tetapi jangan kurang.Perkara ini pernah disebutkan dan ditekankan oleh Ustaz Don dalam rancangannya 30 Minit Bersama Ustaz Don.


#Semoga perkongsian admin ini berguna kepada semua ye.Yang belum tahu berubah dari sekarang,yang sudah tahu pertingkatkannya.

Wassalam

Wednesday, 20 November 2013

LAMBANG ZIONIS DI PC ANDA SEJAK SEKIAN LAMA????

Assalam sahabat semua.. Admin nak share kan sedikit satu info yang kemungkinan anda belum tahu..


BERITA YANG AMAT-AMAT PENTING UNTUK KITA SEMUA TAHU!!!!

Buka komputer anda/My Computer

dan klik pada 'Local Disc (c)

 kemudian 'Program Files".

Klik pada folder 'Microsoft Office'

 cari file 'Media'

dan ambil 'CAGCAT10'..

Setelah itu cari gambar 'J0285926' dan klik untuk buka

Anda akan ditunjukkan gambar Lambang/bendera Zionis,Israel lengkap (sama dengan warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah mereka)

Tolong delete gambar tersebut. Untuk pengetahuan,gambar tersebut ada di setiap PC dan Laptop

Cari sampai jumpa, serius ada

#Untuk memudahkan carian, guna fungsi kekunci 'ctrl+f''  dan paste kan nama gambar tersebut diruangan kotak sebelah atas kanan