Saturday, 30 November 2013

AYU 20 SEN SUDAH BERGELAR NENEK

  
  SEHINGGA kini nama ayu dan 'tagline' yang diungkapkan oleh seorang budak kecil yang berlakon di dalam filem Bujang Lapok masih menjadi mainan mulut orang ramai.Walaupun telah lama masa berlalu namun,gelagat watak yang mulutnya harus ditutup dengan wang 20 sen mengenai rahsia percintaan Sudin dan Zaitun masih dalam ingatan setiap peminat filem arahan P.Ramlee

  Gambar beliau meminta duit dengan tangan menggayakan dua jari yang bermaksud 20 sen itu sering dimuat naik ke laman sosial pada awal kenaikan harga minyak tahun 2013 ini sebagai jenaka.Siapa sangka,Ayu yang dulunya hanya berseluar pendek dan tidak berbaju kini sudah berusia 61 tahun dan sedang menunggu kelahiran cucunya yang kelima.

  Menceritakan kembali mengenai lakonannya,adegan pertama yang dilakonkan ialah ketika P.Ramlee membelanja Rokiah dan 10 orang adik-beradiknya.Dia yang berambut panjang melompat-lompat diatas meja dengan yang lain.Hanya selepas itu,dia(ayu) dipotong rambutnya sehingga pendek seperti lelaki dan melakonkan adegan-adegan lain.

    Katanya,ketika Sudin dan Zaiton berbincang di bawah sampan,beliau menghadapi kesukaran untuk menuturkan dialog kerana mengantuk."Rakaman dijalankan pada pukul 12 malam menyebabkan saya tidak fokus.Setelah berkali-kali gagal,P.Ramlee menghentikan rakaman dan berehat sambil minum kopi-o.Dan selepas itu saya terus dapat meneruskan tanpa ada masalah",katanya.

    Sementara itu,dia mengakui ramai yang tidak mengenali dirinya.Sahabat-sahabat malahan jiran-jiran juga tidak mengenalinya.Jirannya hanya menyedarinya apabila beliau terserempak dengan pelakon drama,Osman Zailani yang selalu datang kerumahnya pada setiap Ramadhan.

No comments :

Post a Comment