Saturday, 23 November 2013

DI MANA SILAP KITA???

Assalam sahabat dan pembaca sekalian,

  Pernahkah anda tahu ada kesalahan yang kita buat semasa membaca Al-Fatihah ketika di dalam solat tanpakita sedari? Kebanyakan kita pandang remeh dan tidak sedar perkara itu sebenarnya boleh membawa solat kita menjadi batal.




   Pertama anda kena tahu bacaan Al-Fatihah ketika di dalam solat tergolong dalam Rukun Qauli iaitu bersuara/bercakap/lafaz.Rukun ini menuntut anda supaya membaaca Al-Fatihah dengan jelas sehingga boleh didengar oleh diri sendiri iaitu seakan berbisik.Kita perlu memperjelaskan bacaan kita dari huruf 'Ba' pada Bismillahirrahmanirrahim sehinggalah pada huruf 'Nun' pada Waladdhollin.

   Kedua,seringkali apabila sedang solat,ramai orang akan menguap.Keadaan ini boleh menyebabkan bacaan Al-Fatihah kita menjadi salah.Dinasihatkan apabila kita menguap,berhenti sebentar bacaan itu dan memulakan semula ayat yang tersebut.Jika kita meneruskan bacaan walaupun sedang menguap, dikhuatiri maksud ayat yang dibaca akan berubah,dan boleh membatalkan solat.Satu kerugian kepada kita

  Ketiga ingin admin tegaskan,pada ayat ke-5 surah tersebut kita perlu berhati-hati.Ramai orang mengambil ringan dengan pembacaannya.Perkataan 'Iyya' perlu disabdukan kerana jika hanya membaca 'Iya kanak buduwa iya kanasta'in' akan memberi maksud "kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan". Manakala 'Iyya' bermaksud Allah yang memberi maksud bacaan "Kepada Allah kami sembah dan kepada Allah lah kami meminta pertolongan.

Keempat,pada ayat terakhir surah terdapat perkataan 'Dhollin'.Pada perkataan ini kita perlu memanjangkan bacaan sehingga tujuh harkat.Jikalau lebih tidak apa tetapi jangan kurang.Perkara ini pernah disebutkan dan ditekankan oleh Ustaz Don dalam rancangannya 30 Minit Bersama Ustaz Don.


#Semoga perkongsian admin ini berguna kepada semua ye.Yang belum tahu berubah dari sekarang,yang sudah tahu pertingkatkannya.

Wassalam

No comments :

Post a Comment