Saturday, 17 January 2015

Apa Yang Penting?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

  Kali nih admin nak berkongsi sikit tentang apa yang perlu dan apa yang admin ambil berat semasa nak membeli telefon pintar atau 'smart phone'.
 
  Kadang-kadang kita hanya membeli 'henfon' tu sebab kita tengok bentuk dia cantik,atau sebab itu keluaran baru jadi beli sebab nak bermegah.Ada juga yang membeli tanpa melihat apa-apa kecuali yang termurah di kedai tu tetapi nampak hebat

  Sengaja admin post kan tentang hal ni sebab ada orang yang membeli tanpa melihat spesifikasi/spec telefon tersebut dengan lebih jelas.Selepas beberapa minggu guna akan ada ketidakpuasan hati sebab henfon selalu 'hang' lah.Applikasi tak dapat di 'install' lah.

  Bagi admin,perkara pertama yang admin akan lihat adalah 'ram'.Admin tak pasti sangat apa fungsi ram ni.Cuma setahu admin ram ni menyimpan data yang membantu melancarkan smartphone kita.Lagi besar ram lagi bagus.Admin akan lihat telefon itu mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 1Gb ram.

  Perkara kedua yang admin akan lihat adalah saiz phone storage.Macam admin yang jenis agak malas ni,kalau boleh nak storage yang besar aje.Maklumlah bila dah download aplikasi banyak-banyak bukannya rajin nak pergi setting dan tekan move to sd card.Agak leceh nak tekan satu-satu.kalau lah ada sepuluh aplikasi di download kan ke makan masa.Jadi kalau dah phone storage tu dah besar,tak payah laa risau sangat nak ubah-ubah kan.Lagi pulak,kebanyakan aplikasi tak dapat diubah atau 'unremovable' dan memang akan berada di dalam memori telefon.Jadi kalau phone storage kecil,kita akan susah di kemudian hari untuk 'mengemaskini' aplikasi,dan telefon pun menjadi lembap.

  Perkara ketiga yang admin pandang serius pada telefon itu adalah kamera.Ada kamera depan tak.Kamera belakang berapa pulak megapixel nya.Perkara ini hanga penting kepada sesetengah orang saja macam admin yang suka mengambil gambar (bukan gambar sendiri ye).Ini kerana rendahnya megapixel akan membuat kita tidak akan puas hati terhadap gambar yang diambil.Kadang-kadang semasa bersiar-siar atau melancong,kita tak dapat nak pergi dekat dan ambil gambar sesuatu yang cantik dari dekat,jadi bila ambil gambar dari jauh,gambar itu akan menjadi kabur.

  Di atas ini admin hanya cerita kan tiga perkara yang paling admin ambil berat sebelum membeli telefon pintar.Sekarang sudah banyak telefon pintar yang berspesifikasi tinggi dengan harga yang mampu milik.Jadi tidak menjadi satu masalah untuk kita dapat yang boleh memuaskan hati mengikut kemampuan kita.

   Admin tak dapat lah terangkan panjang-panjang disini sebab ramai orang akan mudah bosan.Admin gembira dapat berkongsi ilmu mengenai telefon pintar setakat yang admin tahu.Jadi kalau mahukan secara detail,boleh saja contact admin

Smile yer :)

Thursday, 15 January 2015

Pengalaman itu penting

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... :)

  Diharapnya semua sihat lah yer walau dimana berada.Hmmm kehidupan di IPT ni membuatkan admin mendapat lebih banyak pengalaman yang sebelum ini serasanya belum lagi pernah dirasai.Yelah kan, selama ni cuma duduk 'bawah ketiak' mak bapa saja kan.Apa-apa hal ada je yang datang menolong.Sekarang semuanya sendiri.

  Dulu lepas habis SPM , admin sempat lah jugak bekerja disebuah kedai makan sebagai pembuat air.Melayan kerenah pelanggan nih memang terkadang menyakitkan hati.Ada je yang tak kena walaupun rasanya dah dibuay mengikut permintaan.Tapi admin ada ingat satu pesanan 'customer is always right.even they are wrong,follow the first sentence rule'.

  Tapi admin tak bekerja lama kat situ,terus ke Shah Alam bekerja sebagai kerani di Syarikat pos laju, Kangroo nama nya.Apa yang admin dapat lihat kat sini,kebanyakan pekerja bukanlah dari orang yang berkelulusan dan rasanya tak layak pun untuk jawatan tu.Ada pelajar lepasan sekolah macam admin,ada yang masih belajar diploma.Sebabnya?Untuk menjimatkan duit dan masa.Yelah,mana tak nya.Nak buat iklan jer dah beribu ringgit,tapi nak cari seorang jer pekerja.Lepas tu dah dapat , pekerja tu buat hal,baru kerja sehari dah berhenti.Kan rugi tu.Jadi admin nampak macam mana ramainya lulusan master pun masih ada yang menganggur sedangkan lulusan PMR berjawatan besar.

  Hehehe panjang pulak cerita admin.Berbalik pada IPT, admin sekarang di Politeknik Sultan Azlan Shah,Behrang.Hidup di rumah sewa dengan kawan-kawan yang 'sekepala' tapi tak sama perangai memang memerlukan kesabaran yang tinggi.Ada yang tahu keluar pagi balik malam.Ada yang baju campak aje merata dan tunggu sedia dibasuh untuk dipakai.Bukan senang nak memuaskan hati setiap orang,jadi kalau kita tak cuba menjadu seperti mereka,sakit akan kita rasa sendirian je lah.

   Biasalah tu kan? Pengalaman mendewasakan fikiran.Tak ada pengalaman tak membesar lah kita.Cuma apa yang penting bagi admin adalah kita hanya perlu 'rasional' dan berfikiran terbuka.Perkara biasa kena kutuk,maki gurauan kasar tu.Kalau kena 'bahan' sikit pun dah 'sentap' alamatnya berseorangan lah kita...

  Apa-apa pun, keep calm and smile yer :)

 

Monday, 8 December 2014

Mencuba Semula

Assalamualaikum semua..  Heheheh :p

   Lama betul tak meng'update' post kat blog nih... Kepada pembaca yang masih lagi setia dengan Bayang Misteri, admin minta maaf la tak sempat nak kemaskini akaun nih..Sekarang nih Admin dah pun sambung pelajaran ke Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang Stesyen,berdekatan Tanjung Malim, Perak.

   Banyak betul pengalaman admin sepanjang "tak ada masa" tuh.. Nanti-nanti kalau admin berkesempatan admin akan cerita kan serba sedikit kehidupan admin.Mudahan-mudahan ada yang boleh dijadikan iktibar..Huhuhu mana yang baik tu ambil lah, yang buruk tu kalau nak ikut,apa salahnya,Kegelapan kan.. Hehehehe

  Heee :) sampai sini dulu lah post kali nih ye..Jumpa lagi..

P/s : Ada lagi ke orang yang follow baca blog ni ye? Tak pe lah admin cuba juga post sesuatu yang berguna,moga-moga yang tersilap buka blog ni dapat manfaatnya.

~smile yer :)

Sunday, 1 December 2013

JANGAN YER

    HARI ini 1/12/13 kecoh mengenai kematian seorang pelakon filem Fast And Furious iaitu Paul Walker.Berita kemtiannya tersebar dengan meluas di media dan laman sosial.Boleh dikatakan ramai yang mengenali dan meminatinya mengucapkan R.I.P sebagai tanda simpati terhadap kematiannya.

   Persoalan timbul apabila terdapat juga umat Islam yang menyebut perkataan Rest In Peace ini.Jawapan yang diterima daripada satu soalan yang diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus ialah Umat Islam tidak dibenarkan mengucapkan perkataan tersebut kerana Allah telah mengatakan tiada kesejahteraan bagi orang yang mati dalam kekufuran sesuai dengan ayat dibawah



   Jadi selepas ini diharap kita dapat berhati-hati dalam percakapan kita yer. 

Smile :)

SEDARKAH KITA AKAN KEAJAIBANNYA???

       Assalamualaikum sahabat pembaca semua.Alhamdulillah admin masih diberi peluang untuk berkongsi ilmu di blog ini lagi.Kali ini admin  nak tunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta sesuatu yang mungkin kita tidak perasan sebelum ini.

       Cuba lihat gambar-gambar di bawah ini :-




1.Tomato
   -Hirisan tomato mempunyai empat bahagian dan warnanya yang merah seperti jantung amat baik untuk jantung agar darah dapat dipam dengan lancar keseluruh tubuh badan 



                                  

2.Lobak Merah
  -Nampak tak?Hirisan lobak merah ini seakan bentuk mata ditengah-tengahnya dan semua orang tahu bahawa lobak merak sangat baik untuk kesihatan mata



3.Kacang/wallnut
  -Bentuknya yang seakan otak sudah cukup membuktikan bahawa ianya baik untuk otak dimana ia akan membantu menambahkan lebih 3 dozen neuron transmitter otak.



4.Kacang Merah
  -Kacang ini membantu menyembuhkan dan me'maintain'kan fungsi buah pinggang agar sentiasa sihat untuk bekerja.Jika anda perasan,bentuknya mirip seperti ginjal.



5.Anggur
  -Buah ini tergantung dalam bentuk kluster dan susunanya seperti bentuk jantung.Dikatakan setiap biji buahnya pula seperti sel-sel darah.Hasil kajian menunjukkan bahawa buah anggur ini sangat sesuai untuk melacarkan darah dan menguatkan jantung.


Subhanallah.Hebatnya ciptaan Dia kan?Tanpa kita sedar Dia sudah membuktikan Kebesarannya.Wallahua'lam...


p/s : boleh jadikan amalan lepas nih. smile~~~ :)



Saturday, 30 November 2013

AYU 20 SEN SUDAH BERGELAR NENEK

  
  SEHINGGA kini nama ayu dan 'tagline' yang diungkapkan oleh seorang budak kecil yang berlakon di dalam filem Bujang Lapok masih menjadi mainan mulut orang ramai.Walaupun telah lama masa berlalu namun,gelagat watak yang mulutnya harus ditutup dengan wang 20 sen mengenai rahsia percintaan Sudin dan Zaitun masih dalam ingatan setiap peminat filem arahan P.Ramlee

  Gambar beliau meminta duit dengan tangan menggayakan dua jari yang bermaksud 20 sen itu sering dimuat naik ke laman sosial pada awal kenaikan harga minyak tahun 2013 ini sebagai jenaka.Siapa sangka,Ayu yang dulunya hanya berseluar pendek dan tidak berbaju kini sudah berusia 61 tahun dan sedang menunggu kelahiran cucunya yang kelima.

  Menceritakan kembali mengenai lakonannya,adegan pertama yang dilakonkan ialah ketika P.Ramlee membelanja Rokiah dan 10 orang adik-beradiknya.Dia yang berambut panjang melompat-lompat diatas meja dengan yang lain.Hanya selepas itu,dia(ayu) dipotong rambutnya sehingga pendek seperti lelaki dan melakonkan adegan-adegan lain.

    Katanya,ketika Sudin dan Zaiton berbincang di bawah sampan,beliau menghadapi kesukaran untuk menuturkan dialog kerana mengantuk."Rakaman dijalankan pada pukul 12 malam menyebabkan saya tidak fokus.Setelah berkali-kali gagal,P.Ramlee menghentikan rakaman dan berehat sambil minum kopi-o.Dan selepas itu saya terus dapat meneruskan tanpa ada masalah",katanya.

    Sementara itu,dia mengakui ramai yang tidak mengenali dirinya.Sahabat-sahabat malahan jiran-jiran juga tidak mengenalinya.Jirannya hanya menyedarinya apabila beliau terserempak dengan pelakon drama,Osman Zailani yang selalu datang kerumahnya pada setiap Ramadhan.

Friday, 29 November 2013

MACAM CANTIK JER???

Wahhh bukan main yer penangan video macam comel syasya tuh.. Sampai jadi lagu.. Alhadulillah syasya menjadi sumber ilham kepada penciptaan lagu yang mengagungkan Kebesaraan Allah.. 

   Belum dengar lagi?? kesian :'( mari sini tengok link dari youtube admin kongsikan


p/s : best jugak kan.. layannn ~~~    :)

Saturday, 23 November 2013

DI MANA SILAP KITA???

Assalam sahabat dan pembaca sekalian,

  Pernahkah anda tahu ada kesalahan yang kita buat semasa membaca Al-Fatihah ketika di dalam solat tanpakita sedari? Kebanyakan kita pandang remeh dan tidak sedar perkara itu sebenarnya boleh membawa solat kita menjadi batal.




   Pertama anda kena tahu bacaan Al-Fatihah ketika di dalam solat tergolong dalam Rukun Qauli iaitu bersuara/bercakap/lafaz.Rukun ini menuntut anda supaya membaaca Al-Fatihah dengan jelas sehingga boleh didengar oleh diri sendiri iaitu seakan berbisik.Kita perlu memperjelaskan bacaan kita dari huruf 'Ba' pada Bismillahirrahmanirrahim sehinggalah pada huruf 'Nun' pada Waladdhollin.

   Kedua,seringkali apabila sedang solat,ramai orang akan menguap.Keadaan ini boleh menyebabkan bacaan Al-Fatihah kita menjadi salah.Dinasihatkan apabila kita menguap,berhenti sebentar bacaan itu dan memulakan semula ayat yang tersebut.Jika kita meneruskan bacaan walaupun sedang menguap, dikhuatiri maksud ayat yang dibaca akan berubah,dan boleh membatalkan solat.Satu kerugian kepada kita

  Ketiga ingin admin tegaskan,pada ayat ke-5 surah tersebut kita perlu berhati-hati.Ramai orang mengambil ringan dengan pembacaannya.Perkataan 'Iyya' perlu disabdukan kerana jika hanya membaca 'Iya kanak buduwa iya kanasta'in' akan memberi maksud "kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan". Manakala 'Iyya' bermaksud Allah yang memberi maksud bacaan "Kepada Allah kami sembah dan kepada Allah lah kami meminta pertolongan.

Keempat,pada ayat terakhir surah terdapat perkataan 'Dhollin'.Pada perkataan ini kita perlu memanjangkan bacaan sehingga tujuh harkat.Jikalau lebih tidak apa tetapi jangan kurang.Perkara ini pernah disebutkan dan ditekankan oleh Ustaz Don dalam rancangannya 30 Minit Bersama Ustaz Don.


#Semoga perkongsian admin ini berguna kepada semua ye.Yang belum tahu berubah dari sekarang,yang sudah tahu pertingkatkannya.

Wassalam

Wednesday, 20 November 2013

LAMBANG ZIONIS DI PC ANDA SEJAK SEKIAN LAMA????

Assalam sahabat semua.. Admin nak share kan sedikit satu info yang kemungkinan anda belum tahu..


BERITA YANG AMAT-AMAT PENTING UNTUK KITA SEMUA TAHU!!!!

Buka komputer anda/My Computer

dan klik pada 'Local Disc (c)

 kemudian 'Program Files".

Klik pada folder 'Microsoft Office'

 cari file 'Media'

dan ambil 'CAGCAT10'..

Setelah itu cari gambar 'J0285926' dan klik untuk buka

Anda akan ditunjukkan gambar Lambang/bendera Zionis,Israel lengkap (sama dengan warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah mereka)

Tolong delete gambar tersebut. Untuk pengetahuan,gambar tersebut ada di setiap PC dan Laptop

Cari sampai jumpa, serius ada

#Untuk memudahkan carian, guna fungsi kekunci 'ctrl+f''  dan paste kan nama gambar tersebut diruangan kotak sebelah atas kanan

Tuesday, 1 October 2013

APA KATA YAHUDI MENGENAI ISLAM???

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Admin tak nak tulis banyak just nak share gambar nih je. Bak kata pepatah, satu gambar menceritakan 1001 cerita... Biar gambar berbicara :)



Thursday, 26 September 2013

SIAPA LEBIH KUAT???

 
 Pada zaman dahulu,di sebuah kampung ada sebuah keluarga yang didiami oleh seorang lelaki tua yang menjadi Tok Penghulu di kampung tersebut bersama seorang anak perempuan yang sangat cantik.Anak perempuannya ini mencintai seorang pemuda bernama Budin.Budin seorang yang miskin dan hidup yatim piatu.Disebabkan hidup Budin yang tiada pekerjaan tetap,dan hanya mengambil upah bekerja kampung sahaja,hubungan mereka tidak direstui oleh si Tok Penghulu.

   Setelah sekian lama memikirkan keadaan anaknya,Tok Penghulu berhasrat untuk mengahwinkan anaknya dengan sesiapa yang terkuat dikampung itu.Memandangkan dirinya semakin tua dan begitu juga anaknya,dia ingin anaknya berkahwin dengan orang yang benar-benar boleh menjaga anaknya.Namun ssetelah dicari,tiada sesiapa yang memenuhi ciri-ciri yang diingininya,

   Pada satu hari,sedang dia berjalan ditepi pantai sambil berfikir tentang siapa yang patut menjadi suami kepada anaknya,Tok Penghulu itu telah tersepak batu lalu jatuh.Lalu terpikir lah Tok Penghulu itu untuk mengahwinkan anaknya dengan batu itu.Dia mendekati batu itu dan bertanya "Wahai batu,betapa kuatnya engkau sehingga boleh menjatuhkan aku? Jadi aku ingin menawarkan,sudikah engkau mengawini anakku?" Terkejut mendengar soalan itu,lalu Si Batu menjawap "hai manusia,sesungguhnya bukan lah aku yang paling kuat disini,kerana ombak laut itu bisa menghakis aku sedikit demi sedikit hingga aku lenyap"

  Mendengar jawapan itu, Tok Penghulu itu terus berjumpa dengan ombak laut lalu bertanya "Wahai ombak,sesungguhnya engkau adalah sangat kuat sehingga boleh menghakis batu yang keras sehingga hancur,jadi sudikah engkau memperisterikan anakku?" ombak yang tenang itu menjawap "Hai orang tua,sesungguhnya bukanlah aku yang paling kuat disini.Hujan lah yang paling kuat kerana aku akan diserap ke atas dan menjadi wap air,lalu menjadi hujan".Mendengar jawapan itu,Tok Penghulu menjadi sedih.

   Oleh kerana hatinya ingin mengahwinkan anaknya dengan yang terkuat,ditunggu pula hujan turun.Namun hari demi hari berlalu tapi hujan tidak juga turun.Hatinya bertambah risau sambil tidak putus-putus berdoa agar hujan turun.Satu hari doanya dimakbulkan dan hujan turun dengan lebatnya.Lalu dia bergegas keluar rumah lalu bertanya kepada hujan itu. "Hujan mahukan engkau mengahwini anakku dan menjadi menantuku? "."Apa yang kamu katakan wahai orang tua?aku tidak dengar kerana terlalu bising waktu ini."jawab hujan. Tok Penghulu membalas dengan meninggikan sedikit suaranya."Aku mahu jadikan engkau sebagai menantuku.Engkau adalah yang terkuat.Mahukah engakau mengahwini anak perempuan ku?".Hujan pula menjawab "Maaf orang tua,aku bukanlah yang paling kuat,kerana setiap kali aku jatuh ke bumi,tanah akan menyerap aku kedalam,lalu lesap lah aku" Tok Penghulu sekali lagi hampa.

   Setelah hujan berhenti,Tok Penghulu terus ke satu kawasan lapang lalu bertanya kepada tanah di situ. "Wahai tanah,bagi aku engkau lah yang paling kuat.Engkau boleh menyerap air hujan yang boleh meresap air laut dimana air laut itu boleh menghakis batu yang menjatuhkan aku.Jadi mahukan engkau mengahwini anak perempuanku?".Tanah itu berkata :Hai orang tua,sebenarnya aku belum cukup kuat lagi.Engkau lihat di atas belakang ku ini.Penuh dengan rumput yang panjang tetapi aku tidak bisa berbuat apa-apa.".Tok Penghulu berasa sedih lalu bertanya "jadi siapakah yang paling kuat?".Lalu tanah itu membalas "cuba kau lihat di sana,seorang lelaki yang sedang menhayunkan parangnya.Dia lah lelaki yang paling kuat kerana boleh membuang rumput dan tumbuhan yang ada dibelakangku".

  Mendengar pengakuan itu,Tok Penghulu berasa amat gembira kerana akhirnya dia berjumpa dengan orang yang paling kuat yang boleh menjadi suami kepada anaknya.Lelaki itu adalah Budin,pemuda yang dicintai oleh anaknya.Lalu dia terus berjumpa dengan Budin dan bertanya "wahai pemuda,mahukah engkau mengaahwini anak perempuanku?".Dengan senang hati Budin membalas"ya,saya sudi Tok Penghulu."

   Dengan itu berlangsunglah majlis perkahwinan Budin dan anak perempuan Tok Penghulu.Akhirnya Budin dan isterinya hidup dengan aman dan bahagia.


P/s : sekadar cerita dongeng untuk suka--suka.semoga booleh hilangkan tekanan anda :)

Tuesday, 13 August 2013

CERITA KITA-BY MYSELF


Assalam pembaca...

        Jom layan lagu yang saya reka sendiri nih.. Leave your comment jika rasa perlu... Hehehe... :p





p/s : suara memang tak best pon.. just untuk layan layan ke kay...

Saturday, 20 July 2013

CARA MELIHAT QARIN KITA

Salam 1 Malaysia semua... :)

Anda pernah dengarkan yang kita mempunyai Qarin? Atau ada sesiapa yang baru pertama kali tersebut perkataan nih?? bagi yang belum tahu meh sini cek nak habaq mai..Qarin nih ialah kembar ghaib kita,dan jarang-jarang sekali kita dapat melihat nya sehingga boleh dikatakan mustahil.

   Tapi jangan risau,jika anda teringin melihat qarin anda disini ada cara-cara untuk melihatnya.Ini bukan benda syirik ye.Ini betul-betul.. :) Bukan kepastian akan dapat tengok cuma ini sebagai kaedah dan hanya yang Maha Kuasa juga menentukan..In Shaa Allah..

  Jom tengok langkah-langkah nya :-



1. Cabut 7 helai rambut kepala.

2. Ambil 7 potongan kuku tangan atau kaki.

3. Letakkan semua di atas sehelai kain putih (apa saja, yang penting putih).

4.  Gulung  kain putih yang ada isinya tadi.

5. Ambil limau nipis, satu saja, perah airnya hingga habis.

6. Air perahan tadi anda titiskan pada gulungan kain putih.

7. Gulungan kain tadi anda letakkan di taman atau halaman rumah, atau di mana saja yang penting dekat pagar rumah, kalau boleh jangan bagi orang lain tahu, tak perlu ditanam letak saja di antara tumbuhan.

8. Tunggu 7 hari, sehingga Qarin anda datang, hingga malam kelapan, dia boleh muncul di mana saja, cuma munculnya sepintas, biasanya kembaran itu meniru apa yang sudah pernah kita kerjakan atau yang akan kita kerjakan, dia tak boleh dilihat  orang lain, cuma kita sendiri.



P/s : Jangan takut! Dia pun makhluk Allah!

Wednesday, 10 July 2013

UJIAN MATA (STREOGRAM)

Salam semua....

     Pernahkah anda melihat gambar 2D yg boleh membentuk imej 3D di dalamnya?Semasa admin meng'Google' terjumpa pulak 1 blog yang memasukkan gambar-gambar streogram ini.Tertarik pulak nak tengok, maklumlah tak pernah tau pulak pasal bende nih..hehehe :p

    Mula-mula memang ttak nampak langsung.lepas tu cuba laa search cam mana nak tengok BENDA NIH.. Ahirnya berjaya jugak..Memang takjub gila lah tengok. Allahuakbar!!! sungguh besar kuasa Allah...

   Oleh kerana Blog ini menggunakan background hitam/gelap, anda disarankan untuk klik pada gambar dan zoom sehingga full screen untuk mendapat hasil yang terbaikkkk...








\

   Nampak tak??? Cantikkan? Kalau dah mahir tak perlu guna cara-cara yang diberikan itu lagi.Kerana untuk melihat objek apa yang sebenarnya ditunjukkan ialah hanya dengan memberikan tumpuan dan kosongkan minda anda.Mudah je....







UJI MATA ANDA !!!


        Cuba anda lihat gambar di bawah ini.. Dapatkah anda membaca apakah perkataan yang ditunjukkan???





      Amacam??? Nampak tak??? Kalau ada yang boleh baca tuh ucapan tahniah laa.. Tapi yang mana masih menggaru kepala , kaki , tangan , ketiak semua boleh cuba lihat semula dengan cara sepetkan sedikit mata anda.

      Haaa kan? Nampak dah kan?Kalau ada lagi yang tak nampak tuh mungkin 3 kali jumaat je lagi kot. ekekeke (gurau)

*p/s : wat spek bagi yang tak nampak tuh,atau tambah kan power spek anda .. smile :)

Tuesday, 2 July 2013

PENAMPAKAN DUYUNG??? (VIDEO)



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

         Pelik kan?Betul ke ada duyung dalam dunia nih?Wujud kah ia? Memang nampak pelik kerana umum mengetahui duyung nih cuma lah mitos dan hanya dongengan sahaja.Namun ia tidak mustahil kerana Allah Maha Berkuasa Dan mampu melakukan apa sahaja menurut kehendak-Nya.

         Satu video yang merakamkan penampakan duyung telah disiarkan di dalam Animal Planet.Video ini menunjukkan seekor makhluk menyerupai duyung(mungkin duyung) sedang duduk di atas batu seolah-olah sedang berehat-rehat.

       Namun setelah menyedari diperhatikan makhluk itu terus masuk kedalam air dan menghilang.Walaupun tidak mempercayai kewujudannya,namun orang ramai tetap berkumpul di tebing laut untuk menyaksikan nya sendiri.Ada yang kata duyung itu hanya naik pada waktu petang.




Jadi bagaimanakah pendapat anda?Adakah anda rasa ianya benar ataupun tidak?

*p/s : Kuasa Allah tidak mustahil.. :) senyum simpul 

CARA MUDAH UNTUK MEMBUAT BERATUS FOLDER DALAM BEBERAPA SAAT

Salam semua.... 

    Kali ini admin nak kongsi satu trick untuk mencipta beratus-ratus folder hanya dalam beberapa saat sahaja.Mungkin ramai yang dah tau tapi bagi yang belum tahu boleh teruskan pembacaan anda.


  1. Copy dan paste kan code ini di dalam notepad anda


      



   @echo off

:top
md %random%
goto top

Contoh

2. Save kan notepad tadi dengan nama folder.bat atau apa2 sahaja yang anda kehendaki tetapi mesti diakhiri dengan .bat



3. Bila dah save akan ada folder macam ni.


4, Klik folder tu dan akan keluar macam ni.



5. Tutup CMD tu untuk menghentikan folder yang tengah di buat.. Dah siap.. Mudah kan?

*p/s : jangan pekena kawan pulak ye .. :) senyum simpul ~~~ 


SIAPA ORANG KUNING DIGI???


Haa cuba tengok gambar di atas.. mesti semua orang kenal kan.. Hahaha tapi tau kah anda siapa orang di sebalik Yellow Man Digi ini?? Tengok kat bawah nih..






 Haaa dia lah Zalif Sidek atau lebih dikenali sebagai MAT SAJA dalam filem Bini-Bini Ku Gangster

Saturday, 22 June 2013

BAHAYA TELEFON BIMBIT

Assalamualaikum

   Penciptaan telefon bimbit memang tidak dinafikan semakin hari semakin canggih.Daripada yang muda sampailah yang dah tua boleh dikatakan semua mempunyai telefon bimbit masing-masing.


       Tapi tentu ramai yang dah tau kan kesan buruk penggunaan telefon bimbit ini kepada manusia.Cuma apa-apa pun admin tetap nak berkongsi apa yang admin tahu.telefon bimbit nih mengeluarkan radiasi yang sangat tinggi.Jadi kepada lelaki dinasihatkan agar tidak meletakkan telefon anda di dalam poket.Kenapa? Kerana radiasi yang dihasilkan boleh menyebabkan sperma lemah Dan boleh juga menyebabkan mandul..

ps: hahah ayat admin berterabur sikit.. harap paham

Sunday, 2 June 2013

7 PERKARA ANTARA PENYEBAB LUPA

Assalamualaikum semua.. 

  Lupa memang menjadi masalah kepada setiap orang.Betul tak? Kadang-kadang tak sampai 30 minit pun kita dah lupa tentang sesuatu perkara yang telah terjadi.. Jadi mari kita lihat antara penyebab yang membuatkan manusia menjadi lupa.



  1. Makan kepala ikan ( tak tahu lah kenapa tapi memang orang tua-tua pun banyak melarang)
  2. Makan organ dalaman binatang seperti hati,jantung,limpa dan seumpanya kecuali atas nasihat doktor untuk tujuan kesihatan .(kalau tak salah dalam Islam, Nabi S.A.W juga ada menegah dari memakan organ dalaman binatang)
  3. Memakan makanan yang telah tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh membuatkan daya ingatan menjadi lemah.
  4. Jangan makan berlebihan (makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang)
  5. Jangan minum air antara suapan makan.Maksudnya  jangan minum semasa tengah makan / sebelum anda selesai makan
  6. Tidak melihat kemaluan.Tak kiralah sendiri punya ke atau orang lain punya.Kalau tengok orang lain punya mungkin dapat bonus penumbuk(gurau)- Hanya untuk gurauan dan memberitahu.Bukan lucah ye,harap dapat 'Open minded' dan terima.
  7. Jangan melakukan aktiviti / sukan yang boleh meneybabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju dan gusti.Ini kerana gegaran yang kuat dan kerap ke atas kepala menyebabkan kadar sejenis kimia yang dipanggil 'dopamin' akan berkurangan di dalam sel otak.Ini mengakibatkan daya ingatan menjadi lemah dan otot-otot kurang bermaya.
Amacam?Anda pernah melakukan salah satu perkara di atas?haa mulai sekarang cuba-cubalah elakkan dari melakukan perkara-perkara tersebut

~smile :)