Salam semua...
Kali nih admin nak kongsikan satu kisah yang terjadi kepada Rasulullah SAW...mungkin ramai yang dah tahu pasal kisah ni..Namun sebagai pengajaran / pengetahuan untuk kita bersama..
Kisah ini berlaku pada tahun ke-7 Hijrah semasa para perajurit sedang menunggu santapan semasa peperangan Khaibar.Dalam ramai-ramai yang menyediakan makanan itu,terdapat seorang wanita Yahudi yang menyediakan daging kambing untuk Nabi SAW.
-Gambar hiasan
Apbila hidangan tersebut sampai,Baginda lantas mengambil bahagian paha kambing yang menjadi kegemarannya.Beberapa sahabat juga ikut makan.Semasa baginda mendekatkan daging itu ke mulutnya,dengan izin Allah daging itu berkata "Dengan Nama Allah SWT,janganlah engkau makan aku kerana aku telah diracun"
Mendengar itu Baginda menegah sahabat daripada makan tetapi telah terlambat.Semua sahabat jatuh lalu mati.Rasulullah memanggil wanita yahudi tersebut. "Adakah kamu yang meracuni daging kambing ini?".Wanita itu menyoal kembali "siapa yang memberitahu mu?" lalu di jawab oleh baginda "peha daging kambing itu yang memberitahuku".Wanita itu mengakuinya.
Rasulullah bertanya " kenapa kamu berbuat demikian dan apa yang kamu kehendaki dari perbuatan mu ini?"
Wanita itu bemonolog dalam hatinya,jika benar dia seorang nabi,makanannya pasti tidak akan membahayakan nya.Dan jika dia bukan seorang nabi,maka kami selamat dari gangguan nya.
Akhirnya Nabi memaafkan wanita tersebut tetapi tidak menghukumnya.Dalam riwayat lain mengatakan wanita itu dihukum qisas atas kematian sahabat Baginda.
p/s : maaf jika ada kesilapan dalam menyampaikan kisah ini.harap dpt diperbetulkan yg mn salah tu...
~smile :)
No comments :
Post a Comment