Thursday, 25 April 2013

JANTUNG BERMEMORI????

Pada sekitar kurun ke-25 hingga kurun ke-10 Sebelum Masihi ilmuan kuno menganggap pemikiran manusia dikawal oleh hati.Minda manusia dikatakan terletak pada bahagian hati manakala fungsi otak pula dianggap sebagai pengisi ruang kosong di dalam tengkorak manusia.

  Bagaimanapun pada kurun ke-5 SM pandangan mengenai otak yang menjadi tahta kebijaksanaan manusia pula wujud.Pada era pemikir seperti Socrates,Plato, dan Aristotle konsep psikologi pula muncul dimana otak dikatakan memain peranan utama  dalam mengawal fikrah makhluk hidup.

 

 Firman Allah dalam surah Al-Hajj ayat 46 yang bermaksud :
            "Apakah mereka tidak berjalan di permukaan bumi lalu menjadikan jantung hati mereka            
      b
erfikir dengan nya , atau telinga mendengar dengan nya?Maka sesungguhnya 
bukan
lah     penglihatan mereka yang buta akan tetapi jantung hati mereka yang berada
 di dada." 

(Al-Hajj;46)



  Timbul persoalan adakah Al-Quran membawa fakta yang salah?Profesor Madya Dr.Mohd Arip Kasmo menegaskan Al-Quran sama sekali tidak membawa fakta yang salah.Kajian menunjukkan sejenis sel telah ditemukan dalam jantung manusia yang dikenali sebagai sel Ganglion yang mana ia mempunyai memori yang lebih kuat daripada otak.



  Disebabkan itu, seseorang pesakit yang menerima jantung akan mengalami perubahan di mana tingkah-laku nya sedikit sebanyak sama seperti penderma jantung yang telah meninggal dunia.Ini membuktikan jantung merakam dan menyimpan memori lalu di pindah kan kepada penerima jantung yang baru.



                                                                                                     Sumber : Majalah infiniti Julai/2012












No comments :

Post a Comment