Tuesday, 30 April 2013

SUNNAH YANG DITINGGALKAN

Salam 1 Malaysia semua

   Pernahkah anda melihat bagaimana cara seseorang menunjuk sesuatu kepada anda?Cuba anda lihat pada tangan nya.Adakah dia menunjuk dengan cara jari telunjuk lurus ke depan atau ibu jari nya yang diluruskan???

  Pastinya ramai yang mengatakan jika menunjuk sesuatu dengan jari telunjuk akan dikatakan biadap dan tidak sopan.Seeloknya menggunakan ibu jari untuk menunjukkan sesuatu.Tetapi tahukah anda menggunakan ibu jari adalah salah satu daripada ajaran kaum yahudi yang sepatutnya kita elakkan???

   

      Cuba anda lihat gambar di atas ini.Cara yang manakah selalu di gunakan oleh anda? Mari ikuti kisah yang telah diceritakan oleh seseorang yang telah di 'post'kan di dalam facebook.Kisah ini telah saya pendekkan supaya senang untuk dibaca dan tidak membosan kan.


Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapai ngat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz
 meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”


p/s : Sebarkan supaya setiap orang tahu      ~smile :)

No comments :

Post a Comment